Saturday, 22 September 2012
Kuliah Di Masjid TAR, Ampang..21 hb September 2012.
Kuliah di sampaikan olih uztaz Syed Salleh Al Jefri dari Solo, Indonesia. Seperti biasa kuliah di mulakan dengan doa. Saya agak lewat sepuluh minit dari waktu yang ditetapkan kuliah bermula. Alhamdulillah di masjid ini ramai jemaah yang hadir untuk pengajian yang di sampaikan olih beberapa uztaz yang berwibawa dan amat amat dalam ilmu agamanya. Uztaz membuka tajuk hari itu dengan kata kata, 'Allah amat amat menyayangi kita, hambaNya. Bukti Dia menyayangi hambaNya adalah Dia memberi segala nikmat di dunia. NIkmat yang banyak tiada terhitung. Contohnya mata. Di mata sahaja tidak dapat kita membayangkan nikmat yang dapat kita perolehi. Dengan mata kita dapat melihat wajah ibu ayah yang menyayangi kita. Dengan mata juga dapat kita mengenal keindahan alam dengan segala warna , bentuk berbagai rupa. Makanan dan minuman yang memberi kita tenaga untuk menjalani seharian kita. Dari situ Allah jadikan susu agar ibu dapat menyusu bayi bayi mereka. Susu yang lengkap dengan gizi, antibodi yang membantu tumbesaran sihat setiap bayi. Dengan penyusuan itu juga membuah ikatan kasih antara ibu dan anak yang lebih kukuh. Setiap ibu akan mengatakan menyusu bayi mereka itu juga adalah satu nikmat...Tapi ada kala perkara yang sangat kita inginkan tidak di beri Allah kepada kita atas sifat kasihNya. Sebab Dia maha mengetahui perkara itu bahaya buat kita. Mari kita teliti akan hal berikut. Seorang anak kecil terlihat sebilah pisau dimana anak kecil itu pernah melihat ibunya memotong sayur. Di dalam minda anak kecil itu dia ingin meniru perbuatan ibunya. Lalu diambil pisau itu dan segenggam pucuk pucuk daun yang di petik di laman. Anak tadi memotong motong daun daun dengan gembira. Anak kecil itu tidak tahu yang perbuatannya itu akan membawa padah . Ibu pada anak kecil itu telah nampak. Lumrah Ibu akan menjaga anaknya dari bahaya. Dengan perlahan ibu itu menghampiri anaknya dari belakang agar anaknya tidak terkejut. Dengan teliti ibu itu mengambil pisau tadi dari tangan anaknya. Anak terus menangis minta dipulangkan pisau itu. Tapi adakah ibu itu memberi walaupun anaknya menangis? Ya, tidak, ibu itu tidak memberi pisau kembali pada anaknya sebab dia tahu pisau ditangan anaknya akan membawa bencana pada anaknya. Ibu bertindak demikian atas dasar kasihnya pada anaknya. Begitu juga Allah. Dia tidak menunaikan sebahagian keinginan dan kemahuaan hambaNya sebab Dia sayang pada hamba hambaNya. Allah tidak mahu hambaNya kelak mendapat bahaya Kalau pisau itu mainan anak kecil itu, permainan hamba yang dewasa adalah pekerjaan, harta benda, wang ringgit, pangkat,anak, isteri, suami, kebun, ladang, emas permata, kenderaan, binatang tunggangan.............Pada zaman Rasulullah s.a.w. berlaku peperangan. Terdapat beberapa buah khemah di kawasan berlakunya perang. Di dalam satu antara khemah itu seorang ibu dan bayinya. Dalam gopoh ibu hendak melarikan diri dia mencapai selimut di sebelah dirinya terus lari semahu mahu kakinya dapat berlari. Setiba di sebuah kawasan yang selamat alangkah terkejut ibu bila mendapati bungkusan selimut itu tiada bayinya. Ibu itu meraung menangis sekuat kuat hatinya sebab dia percaya bayinya pasti mati di henyak kaki kaki kuda yang ditunggangi. Selesai perang Rasulullah s.a.w. telah memeriksa setiap khemah dan baginda menjumpai bayi itu. Baginda telah mengambil bayi itu. Dengan bayi itu dalam pelukan, Rasulullah s.a.w.telah bertanya adakah sesiapa yang kehilangan bayi. Sahabat sahabat Nabi memandang antara satu sama lain mengelengkan kepala. Ibu tadi yang jauh di belakang telah dengar laungan suara Nabi. Ibu itu terus berlari kehadapan sambil berteriak, mungkin bayi itu bayi dia. Setiba dia di kelompok sahabat sahabat Nabi ditolaknya mereka ketepi supaya dia dapat melihat bayi yang dalam pelukan Rasulullah.s.a.w. Didapati bayi itu adalah anaknya yang disangka sudah mati. Ibu itu mendapatkan bayinya, terisak isak ibu itu mendakap mencium bayinya sepuas hati. Semua yang ada di situ amat terharu dan hiba. Ada yang menitiskan airmata. Rasulullah s.a.w. berkata, fahamilah wahai sahabat sahabatKu bahawa kasih Allah pada hambaNya 700kali lipat ganda dari kasih ibu itu pada bayinya............Bersangka baik pada Allah dan jangan sekali bersangka buruk pada Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segalanya adalah kepunyaan Tuhan. Soalan, kenapa Tuhan tidak kurniakan 700 kali ganda kemewahan kepada manusia apa seorang ibu tidak keberatan memberikan anak kesayanagannya? Apakah Tuhan yang maha berada lebih kedekut? Just wondering, no offence meant.
ReplyDeleteTuhan beri pahala in afterlife kurniaan berganda di syurga...
ReplyDeleteSo sad, this life tak berguna ke? Cuma dugaan sahaja for the afterlife? But why must this be so? Why save the good things for the afterlife that nobody is certain of except for the promise? Again, no offence meant, just questions that any thinking person would ask even of God. But thanks for answering. Do appreciate it.
ReplyDeleteThe Almighty does give the good things in life..for us to realise it and be gratitude
ReplyDelete